30 May 2025

MUAT NAIK HANTARAN BERADA DI MADINAH - AFGAN BAKAL TUNAI HAJI



Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan menerusi hantaran di media sosial telah memuat naik beberapa hantaran menunjukkan dia kini berada di Madinah sebelum ke Makkah untuk mengerjakan haji.
Difahamkan, Afgan berangkat ke sana selepas beberapa hari meraikan ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu.

Dalam sal@h satu hantaran, penyanyi lagu 'Pada-Mu Ku Bersujud' ini dilihat bersiar-siar di sekitar Masjid Nabawi dan menikmati suasana musim haji yang bakal bermula 4 Jun ini.

Bagaimanapun, dalam hantaran itu, Afgan tidak berkongsi sebarang kenyataan, namun beberapa peminat turut mengucapkan ucapan selamat menunaikan haji di media sosial dalam hantaran lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: