"Saya nak sangat pergi haji tahun ini tapi mungkin belum ada rezeki. Malah saya dah persiapkan diri sebab itu adalah impian saya sekarang.
"Orang kata pergi haji atas jemputan Allah, jadi mungkin belum lagi untuk saya tahun ini."
"Insya-Allah ada rezeki tahun depan ke? Kita tak tahu rancangan Allah. Mungkin Allah nak saya pergi tunaikan haji dengan pasangan.
"Kehidupan ini memang dicipta berpasangan, begitu juga saya, kalau hidup sendirian bosan pula."
Itulah kata pelakon Nora Danish dimana dia terpaksa melupakan hasrat untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, meskipun sudah cukup bersedia berangkat ke Tanah Suci Makkah.
Ujar Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif, 43, dia percaya pada rezeki dan setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik buatnya.
Walaupun tidak dapat tunaikan haji tahun ini, Nora bagaimanapun kekal p0sitif, malah dia juga tidak menolak kemungkinan akan pergi ke sana bersama pasangan baharu suatu hari nanti.
Dalam pada itu, Nora menjelaskan, selepas dua kali gag@l dalam rumah tangga, dia tidak pernah menutup pintu hati bertemu pengganti.
Untuk makluman, Nora pernah berkahwin dengan usahawan, Nedim Nazari pada 30 Mac 2017, namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia 7 tahun.
Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15 tahun.
Perkahwinan Nora dan Jejai kemudian berakhir dengan perceraian selepas dua tahun hidup bersama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment