18 May 2025

NAFI MILIKI KEMEWAHAN SEHINGGA TIDAK PERLU BEKERJA - HALIM OTHMAN AKUI KEHIDUPANNYA KINI TENANG, SELESA : "SEKARANG SAYA CUMA BUAT KERJA YANG MENYERONOKKAN UNTUK SAYA"



"Saya ada sedikit simpanan untuk hari tua. Jadi, tak ada dalam keadaan kec£masan sangat, tapi bagus juga dapat buat kerja yang saya suka mengikut minat dan ada sedikit pendapatan.
"Bukan saya tidak bekerja langsung, tapi saya tidak bekerja keras. Sekarang saya cuma buat kerja yang menyeronokkan untuk saya. Maknanya tidak terd£saklah, bukan mewah."

Itulah jelas bekas penyampai radio 'otai', Halim Othman, 61, dimana dia bersyukur tahap kewangannya agak selesa walaupun sudah tiada pekerjaan sepenuh masa ketika ini.

Halim bagaimanapun menafikan dia memiliki kemewahan sehingga tidak perlu bekerja kerana ketika ini, dia hanya melakukan kerja-kerja ikut keseronokan diri.

Tambahnya lagi, ada beberapa projek akan datang dalam perancangannya juga, selain dia ingin memanfaatkan segala pengalaman terdahulunya menjadi nama ikonik dalam dunia seni tanah air.

Kongsinya, antara projek besar impiannya adalah untuk menulis buku sendiri, namun dia mengakui menjadi penulis adalah tugasan yang cukup berat untuk menyentuh hati pembaca.

"Saya mahu cuba menulis, tapi ia bukan perkara yang mudah. Kita biasa bercakap tapi kalau nak menulis, kita kena duduk dan betul-betul menulis. Itu cab@ran baharu untuk saya," ujarnya.

Difahamkan, Halim juga mula berjinak-jinak di platform media sosial dan mengakui seronok melayan pengikutnya, malah dia mendapat kebebasan mengendali sesinya tiap kali adakan 'live'.

"Contohnya untuk putar lagu-lagu kepada yang menonton, saya bebas pilih lagu mana saya nak berbeza jika berada di stesen radio dulu.

"Saya gembira apabila pengikut beri maklum bal@s yang baik. Walaupun pendapatannya tidak seberapa kerana bergantung kepada 'gift', saya mendapat kepuasan tersendiri," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: