"Innalillahirojiun... Al Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya, Juraimi Taib (Remy).
"Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang ke Rahmatullah pada Khamis pagi, iaitu 15 Mei 2025.
"Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua sahabat dan famili yang banyak membantu saya dalam mengendalikan jenazah arwah."
Demikian tulis penyanyi veteran Singapura, Rahimah Rahim menerusi media sosial, dimana dia berkongsi berita sedih pemergian suaminya iaitu Allahyarhan Juraimi Taib yang meninggal dunia pada usia 69 tahun di republik itu, Khamis lalu.
Rahimah yang popular dengan lagu 'Gadis' dan 'Bunga' itu bagaimanapun tidak menyatakan punca kem@tian Allahyarham Juraimi, sebaliknya memohon kenalan arwah suami agar dapat memaafkan segala kekhilafan beliau.
"Kami juga mohon ampun dan maaf atas segala kekhil@fan. Sekiranya ada sesiapa mengenali arwah dan jika ada urusan yang masih tertungg@k, iaitu belum sempat arwah lunaskan, silalah DM saya secara langsung.
"Semoga roh Allahyarham Juraimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT," tuturnya.
Untuk makluman, Rahimah berkahwin dengan Juraimi yang juga pegawai bank pada 1994. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, iaitu Amalyn Aishah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment