19 May 2025

SITI SALEHA AKUI SANGAT SERONOK SELEPAS 3 BULAN JADI ISTERI : "KAMI ASYIK 'HONEYMOON' SAHAJA... RASA SEPERTI SUDAH LAMA BERKAHWIN"



"Sepanjang tempoh tiga bulan kami menjadi suami isteri, perasaan sangat menyeronokkan. Kami asyik 'honeymoon' sahaja. Rasa seperti sudah lama berkahwin.
"Mungkin sebab kami sudah lama kenal. Dia adalah kekasih, suami dan kawan baik. Dia sangat tenang dan sering buat saya gembira."

Itulah kata pelakon Siti Saleha yang meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan lelaki budiman seperti Joshua Fitton yang sentiasa membuatkan dia gembira.

Hampir tiga bulan bergelar isteri, Saleha mengakui, dia dan suaminya masih dalam fasa bulan madu.

Sementara itu, Saleha turut mengulas mengenai zuriat, dimana jelasnya, dia tidak pernah merancang, malah dia bersama suami sememangnya mahukan cahaya mata.

"Kalau Tuhan beri rezeki cepat, kami terima sahaja. Suami memang mahukan anak. Saya katakan padanya semua itu bergantung kepada rezeki yang Allah SWT hendak beri.

"Kami memang mahukan anak. Usia saya pun sudah 35 tahun. Jadi, memang tidak merancang," tuturnya yang selamat mendirikan rumah tangga dengan Joshua dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 15 Februari lalu.

Disamping itu, Saleha berkata, meskipun suaminya seorang pereka fesyen, namun Joshua tidak pernah mengawal penampilannya mahupun mengkrit1k gayanya, sebaliknya mahu dia menjadi diri sendiri.

"Berkahwin dengan pereka fesyen sangat senang. Baju raya tak payah fikir, tapi dia tidak pernah kawal gaya pemakaian saya. Sebaliknya, saya yang akan bertanya sama ada sesuai atau tidak.

"Mungkin 10 tahun lalu dia lebih mementingkan gaya, tetapi semakin meningkat usia, soal gaya bukan lagi menjadi keutamaan. Suami juga tidak pernah persoalkan gaya saya. Dia mahu saya jadi diri sendiri.

"Pakaian harian dia sama saja, melainkan kalau ada acara rasmi atau permaidani merah, barulah dia pakai sut dan tampak kacak. Sekarang penampilannya lebih santai dan itulah yang saya inginkan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: