19 May 2025

K£S AM4NG S£KSUAL PU AZMAN - HUKVMAN PENJ4RA DIKURANGKAN KEPADA 12 TAHUN, KEKAL DUA SEB4TAN



Mahkamah Sesyen hari ini, di sini, menj@tuhi hukvman penj@ra 12 tahun berbanding 24 tahun, namun mengekalkan hukvman dua seb@tan ke atas pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 44.
PU Azman dikenakan hukvman itu selepas Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan rayuannya supaya dua hukvman bagi dua k£s am@ng s£ksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu, berjalan serentak bermula tarikh j@tuh hukvm, 27 September 2024.

Semasa prosiding, Hakim, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim berkata, mahkamah mendapati, k£s pendakwaan dan bela diri membabitkan Azman selaku perayu, dibicarakan secara bersama.

"Ia turut melibatkan saksi dan kejadian yang sama, oleh itu hukvman yang dijatuhkan, perlu dijalankan secara berturutan.

"Jadi, saya membenarkan rayuan agar hukvman berjalan serentak menjadikannya penj@ra selama 12 tahun manakala dua sebatan, dikekalkan," kata Hakim itu.

Selesai prosiding, peguam, Fahmi Adilah yang mewakili Azman berkata, pembelaan telah memfailkan rayuan agar hukvman penjara masing-masing 12 tahun yang dijalankan berasingan, dapat dibuat secara serentak.

Menurutnya, k£s ini melibatkan satu k£s, namun dip£cahkan kepada dua pertuduhan kerana kejadian berlaku pada masa yang berbeza.

"Memandangkan k£s dihadapi ialah melibatkan m@ngsa dan saksi yang sama, maka saya percaya tiada sebarang niat untuk melengah-lengahkan prosiding.

"Justeru, mengambil kira faktor tersebut, mahkamah ini wajar untuk masuk campur dan mengubah keputusan berkenaan," jelasnya yang hadir bersama peguam, Mohamad Zahid Ahmad.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Najiha Tingku Zahari memohon mahkamah menolak permohonan perayu dengan alasan dapatan mahkamah rendah ialah tepat dan tidak mel@mpau.

Menurutnya, mahkamah perlu mengambil kira peranan tertuduh dalam masyarakat sebagai seorang pendakwah, usia m@ngsa semasa kejadian dan hubungan mereka berdua.

"Kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu itu sendiri, malah masyarakat menanti dan melihat perkembangan k£s-k£s sebegini.

"Berkaitan k£san penj@ra 24 tahun kepada perayu dan akan keluar pada umur 60 atau 70 tahun, ia bukan satu ukuran.

"Perkara yang penting ialah tr@uma kepada pengadu itu berbanding imp@k pemenj@raan kepada perayu itu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: