"Macam mana nak teruskan, kalau orang sudah tidak mahukan kita, tiada pun usaha untuk memujuk... jadi saya hanya mahu teruskan hidup saya.
"Tiada (hubungan secara peribadi), semua melalui peguam... keputusan untuk (bercerai), saya sudah n£kad dan tiada jalan untuk berpatah balik."
Demikian jelas bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, 40, dimana dia n£kad untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery selepas merasakan rumah tangga yang dibina tidak dapat diselamatkan lagi.
Kata Zahnita, keputusan itu dibuat selepas menyedari tiada usaha daripada pihak suami untuk memujuk serta selamatkan perkahwinan mereka.
Malah, ujarnya lagi, sepanjang tempoh perbicaraan dia dan suami tidak pernah bertemu mahupun berhubung dan hanya berurusan menerusi peguam.
Proses perceraian kini berada di peringkat lantikan hakam oleh mahkamah, namun usaha terakhir untuk mendamaikan kedua-dua pihak melalui lantikan hakam keluarga dilaporkan gag@l.
Peguam syarie yang mewakili Zahnita berkata, k£s perceraian anak guamnya itu sudah memasuki peringkat akhir iaitu Hakam Panel dimana mahkamah menetapkan tarikh pada bulan Jun, manakala keputusan penuh dijangka akan dibuat sekitar Julai atau Ogos.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment