19 May 2025

SELAMAT TIMANG ANAK KELIMA - ASHRAF MUSLIM PILIH NAMA 'ALI ASHRAF'



"Assalmualaikum semua.. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt. Keluarga AM makin bertambah ahlinya. Selamat datang ke dunia, Wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf 🌙

"Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi. Hadirnya membawa sejuta syukur, selaut harapan.

"Wahai Ali.. semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga serta membesar dengan iman, akhlak yang terpuji dan keberanian. Terima kasih Allah atas segala-galanya.

Itulah tulis Ashraf Muslim menerusi hantaran terbaru di media sosial miliknya, dimana pelakon itu mengumumkan berita gembira dia telah selamat menimang cahaya mata lelaki, Ali Ashraf Mohd Ashraf, pada 10 Mei lalu.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian itu, Ashraf yang turut menyertakan tanda pagar 'Ali Ashraf', 'Hadiah Terindah', 'Terima Kasih Allah' dan 'Amanah Allah'.

Ashraf bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai kelahiran anak kelimanya itu sama ada hasil perkongsian dari isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman atau isteri keduanya, Wan Sakinah Wan Saburi.

Untuk makluman, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Dayana pada 2011. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 9.

Kemudiannya, pelakon itu melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Sakinah pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 10, Adam Ashraf, 9, dan Safiyyah Ashraf, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: