05 May 2025

"PADA USIA SEKARANG, SUK4R UNTUK SAYA MENDAPAT ANAK LAGI... KAMI JUGA TIDAK RANCANG UNTUK AMBIL ANAK ANGKAT" - NORYN AKUI KINI BAHAGIA HIDUP BERUMAH TANGGA



"Alhamdulillah, saya gembira dan bersyukur dengan apa yang sudah tertulis. Bertemu dengan suami sekarang juga seperti pengubat hidup selepas pelbagai ujian dilalui sebelum ini.
"Tiada yang sempurna tapi ini semua ketentuan Allah SWT. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing terutamanya bila kita berkahwin pada usia sekarang (matang) kerana perlu sesuaikan diri."

Demikian ujar penyanyi, Noryn Aziz atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz, 49, dimana dia mengakui dirinya kini mengecapi kebahagiaan hidup berumah tangga sejak kehadiran suaminya, Rizal Shaik Sulaiman, selain turut bersyukur hubungan dengan anak tirinya juga baik.

"Anak tiri saya sudah dewasa dan dia baru berkahwin tahun lalu. Suami juga menerima kehadiran anak saya, Raja Bariq Umar Shah atau Umar dengan baik juga," katanya ketika mengulas hubungan dengan anak tirinya, Ariadna, dimana Noryn memberitahu, mereka tiada mas@lah.

Dalam pada itu, Noryn yang merupakan juara program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ini berkata, dia tidak merancang untuk memiliki anak pada perkahwinan kedua yang mencecah hampir lima tahun itu.

"Pada usia sekarang, suk@r untuk saya mendapat anak lagi. Kami juga tidak rancang untuk ambil anak angkat. Anak saya Umar pun sudah berusia 11 tahun. Biarlah kami menanti Ariadna memiliki anak dan kami juga mendapat cucu pula nanti," jelasnya.

Untuk makluman, Noryn berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober 2020. Rizal juga memiliki seorang anak perempuan, Ariadna dari perkahwinan terdahulu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: