"Sejak kahwin kami memang ada cakap nak fokus pada Ayash dan anak-anak lain (hasil perkahwinan bersama Siti Sarah).
"Jadi masa menunaikan umrah pada Oktober tahun lalu, saya tiba-tiba nak cakap pada Watie, mungkin dah tiba masa untuk kami ada anak sendiri. Rupanya Watie pun ada perasaan yang sama.
"Kami anggap belum ada rezeki dan belum tiba masanya. Lagipun hanya Allah yang tahu susunan terbaik buat kami. Pasti ada sebab di sebalik apa yang terjadi."
Demikian tutur pelawak dan usahawan, Shuib, 40, dimana dia reda apabila isterinya, Watie Hanifiah mengalami keguguran baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shuib berkata, walaupun impian untuk menimang cahaya mata pertama bersama Watie belum tercapai, dia percaya setiap ketentuan Allah mempunyai hikmah tersendiri.
Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama dia melalui pengalaman kehilangan bayi dalam kandungan, memandangkan Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah tidak pernah mengalami keguguran.
"Kalau ikutkan, ini pengalaman pertama saya. Arwah Siti Sarah dulu tak pernah alami keguguran," jelasnya yang turut memaklumkan Watie ada berasa terkil@n apabila memikirkan beberapa aktiviti yang dilakukan selepas disahkan hamil.
"Jujurnya, dia ada rasa ral@t sebab selepas dapat tahu dia hamil, dia ada pergi beberapa tempat termasuk Kelantan, Langkawi dan Singapura.
"Jadi kalau diizinkan hamil lagi, dia memang mahu berehat saja di rumah dan tidak mahu buat sebarang aktiviti berat.
"Ini bukan saya yang suruh, tapi Watie sendiri cakap pada saya. Kalau dia hamil lagi, dia tak nak keluar rumah dan nak betul-betul jaga kandungan.
"Doakan kami ada rezeki untuk menimang anak satu hari nanti," kata Shuib dimana dia dan isterinya itu turut masih berharap agar dikurniakan rezeki zuriat dan memohon doa orang ramai agar impian mereka dipermudahkan.
Pada 14 Mei lalu, Watie yang bernikah dengan Shuib pada 23 Jun 2023, berkongsi khabar duk@ mengenai keguguran dialami ketika hamil anak pertama.
Manakala hasil perkahwinan pertama dengan Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment