31 May 2025

PELAKON SITKOM 'KOPITIAM', MANO MANIAM YANG TINGGAL BERSENDIRIAN DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA DI RUMAH



Malam tadi, pelakon veteran yang popular dengan watak Uncle Chan dalam sitkom 'Kopitiam' iaitu Mano Maniam dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Adik kepada Mano, Madi Maniam berkata, abangnya yang tinggal bersendirian itu meninggal dunia di rumahnya.

Jelasnya lagi, walaupun tinggal bersendirian, Mano kerap berhubung dengan keluarganya serta anak saudaranya.

"Ia berlaku secara tiba-tiba. Mungkin akib@t faktor usia, s£rangan jantung atau angin ahmar. Kami masih tidak pasti," katanya.

Selain Kopitiam, Mano turut aktif berlakon filem antaranya 'Mat Gelap', 'Hikayat Merong Mahawangsa', 'Sini Ada Hantu', 'Kolumpo' dan 'Rentap'.

Mendiang juga pernah berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Anna and the King bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat pada 1999.

Selain Mano, sitkom 'Kopitiam' turut menampilkan Douglas Lim, Rashid Salleh, Joanna Bessey, Lina Teoh dan Chew Kin Wah yang ditayangkan di TV3 mulai 1999 hingga 2003.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: