31 May 2025

TETAP SOKONG DOLLA WALAUPUN PERJALANAN SUDAH BERBEZA - SYASYA TAMPIL JELASKAN ISU SAMBUNG BELAJAR IKUT SUAMI PUNCA KELUAR KUMPULAN



"Saya sentiasa akan menyokong kerana mereka sentiasa berusaha keras dalam setiap apa dilakukan. Walaupun perjalanan kami sudah berbeza, namun kasih sayang dan sokongan saya tetap bersama mereka.

"Semoga ini hanya permulaan kerana sejujurnya mereka sangat berbakat dan merupakan wanita luar biasa. Alhamdulillah, saya sangat gembira untuk Dolla.

"Mereka selayaknya diraikan dengan kemunculan lagu baharu ini. Lagu baharu mereka sangat catchy dan power, melambang Dolla sebenar."

Itulah ujar penyanyi Syasya Rizal dimana dia tetap menunjukkan sokongan terhadap Dolla meneruskan perjuangan dalam bidang seni, walaupun sudah setahun meninggalkan kumpulan berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Pemilik nama sebenar Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan di media sosial miliknya tentang kemunculan semula Dolla dengan lagu baharu berjudul 'MWA!'.

Disamping itu, Syasya yang mengejutkan peminat apabila dia mengundurkan diri daripada Dolla pada April 2024, juga tumpang gembira melihat kemunculan semula Dolla dan turut memberi pujian kepada lagu baharu mereka selepas setahun menyepi tanpa karya baharu itu.

Terdahulu, menurut Dolla, idea lagu ini yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Chelsea Warner, Gaston dan Roland Lim Shi Jie, hadir sebagai kesinambungan kepada lagu 'Damelo' tetapi dengan unsur lebih segar.

Sementara itu, Syasya sebelum ini didakwa bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara mengikut suami yang kononnya menjadi alasan dia keluar daripada kumpulan Dolla.
Berhubung itu, Syasya tampil men£gaskan, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut, sama ada dalam temu bual mahupun kenyataan rasmi.

Sebaliknya, jelas Syasya, kenyataan itu dibuat neneknya yang merupakan seorang pelakon, pelakon Rozie Othman ketika ditanya media mengenai punca pengundurannya.

"Sejujurnya saya sendiri tak pernah cakap macam itu pun. Cerita tentang 'belajar di luar negara' itu sebenarnya datang daripada nenek. Masa itu dia agak gementar dan saya memang faham," tutur Syasya yang turut berkata, sebagai cucu, dia memahami niat baik neneknya yang ingin melindunginya serta menghargai keprihatinan yang ditunjukkan terhadapnya.
"Dia hanya cakap apa dia rasa terbaik pada ketika itu dan saya akan sentiasa sayang dia kerana dia cuba lindungi saya," tambahnya yang menjawab isu tersebut selepas seorang pengguna media sosial bertanya mengenai perancangannya menyambung pelajaran ke luar negara.

Dalam pada itu, jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, sepanjang isu terbabit menjadi bualan, dia tidak pernah sekali pun mengesahkan kenyataan tersebut.

"Tapi untuk menjelaskan perkara ini saya sendiri tak pernah sebut apa-apa pun tentang nak sambung belajar di luar negara. Tak pernah dalam apa-apa kenyataan rasmi atau temu bual. Kalau nak semak, silakan," ujarnya.

Syasya pada masa sama turut memaklumkan bahawa dia kini kembali aktif menyanyi, sambil menyesuaikan diri dengan fasa baharu sebagai isteri dan ibu muda.
"Saya masih menyanyi, masih berkongsi, masih belajar, dan masih terus berkembang sebagai seorang isteri, seorang ibu, dan seorang gadis dengan impian yang besar. Insya-Allah," kongsinya.

Selepas mengundurkan diri daripada Dolla, tidak lama itu Syasya mengumumkan berita gembira, dimana dia sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Nasrullah pada 20 April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember lalu dan diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: