01 June 2025

DAKWAAN BERTUNANG DENGAN DAYANG NURFAIZAH - HAEL HUSAINI TAMPIL T£PIS



"Apa saja yang keluar bukan datang daripada saya. Jadi kepada anda semua, doakan yang terbaik untuk Antonim Part 2 (projek album). Sebagai artis, saya tak boleh halang apa yang peminat inginkan. Bagi saya, kita raikan apa saja yang mereka mahu.

"Saya tak ambil apa yang mereka lakukan itu terlalu s£rius. Saya hanya fokus dengan karier dan akan terus melakukan yang terbaik kepada mereka yang menyokong perjalanan seni saya."

Demikian ujar penyanyi dan komposer, Hael Husaini dimana dia tampil men£pis dakwaan kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Dayang Nurfaizah seperti yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.

Klik untuk gambar besar

Hael yang tenang menjawab persoalan itu turut mengulas lanjut mengenai keterujaan peminat yang sering 'menjodohkan' dia dan Dayang, dimana katanya, sebagai artis, dia tidak mampu menghalang sebarang kehendak atau bayangan peminat terhadap dirinya.

Terdahulu, tular di TikT0k mengenai dakwaan penyanyi sudah melangsungkan pertunangan dengan Dayang sehingga mendapat perhatian dimana rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu walaupun wajah Hael tidak kelihatan secara jelas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: