"Ada mas@lah sedikit berkenaan permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara itu, jadi kami diminta untuk mengemas kini semula maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
"Saya tidak boleh ulas dengan lebih terperinci buat masa ini kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa, mungkin peguam saya boleh jawabkan.
"Apapun, urusan penghantaran borang itu ke mahkamah sudah lama kami serahkan kepada peguam. Semuanya akan diuruskan oleh pihak peguam saya."
Itulah kata pemp£ngaruh, Ahmad Aslam, dimana prosiding pengesahan pendaftaran pernikahan keduanya bersama Marissa dania Hakim di Songkhla, Thailand itu bagaimanapun tidak dapat dilakukan hari ini dan ditangguhkan kerana mas@lah teknikal.
Pasangan muda sens@si itu hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, tengah hari tadi untuk prosiding pertama pengesahan pendaftaran pernikahan mereka, selepas lebih setahun berkahwin.
Untuk makluman, Aslam yang juga bapa tiga anak itu melangsungkan pernikahan dengan Marissa selaku isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Sementara itu, Marissa yang jalan beriringan dengan suaminya itu hanya bertindak mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.
Disamping itu, peguam syarie mewakili pasangan sens@si terbabit iaitu Muhammad Ammar berkata, pihak mahkamah menangguhkan prosiding itu pada tarikh seterusnya.
"Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama mereka hadir. Sias@tan akan disambung pada akan datang.
"Bagaimanapun bila tarikhnya, saya dimaklumkan oleh anak guam agar tidak memaklumkan tarikh baru itu," katanya.
Pasangan ini tiba di mahkamah dengan mengenakan pelitup muka dan mereka didapati berada dalam dewan bicara selama sejam.
Sebelum ini, Aslam dan Marissa juga didakwa bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Misya Mazlan yang ketika itu berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ahmad Aslam memberitahu, dia tetap bercadang mahu berjumpa secara bersemuka dengan ibu mentuanya, pelakon Abby Abadi serta mahu memohon maaf.
Ujar Aslam, dia bagaimanapun setakat ini masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Abby secara bersemuka itu dan mencari masa sesuai.
"Mengenai permohonan maaf dengan ibu mentua, saya memang mempunyai perancangan. Tetapi, buat masa ini saya masih mencari masa yang sesuai untuk kami berjumpa.
"Apapun selepas saya keluarkan kenyataan tempoh hari, saya dan ibu mentua tidak berjumpa lagi dan hanya Marissa saja yang sudah berjumpa dengan mama," tuturnya.
Selain itu, Aslam turut mengulas mengenai kekhilafan dirinya sebagaimana didakwa ibu mentua baru-baru ini, dimana dia berharap kem£lut yang berlaku dalam keluarga mereka dalam diselesaikan dengan baik.
"Harapan saya sudah pasti mahu meredakan segala pol£mik yang berlaku dalam keluarga kami kerana saya juga mengaku apa yang terjadi ini adalah salah saya.
"Saya juga harap tiada pihak yang meng£ruhkan lagi keadaan. Saya juga manusia biasa, ada sil@p dan sentiasa ingin perbaiki diri serta akan cuba yang terbaik," ujarnya.
Terdahulu, Abby mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menuntutnya membuat permohonan maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun, Abby sebaliknya meminta Aslam untuk datang berjumpa dengannya secara bersemuka untuk memohon maaf kerana bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Aslam menerusi media sosial tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu mentuanya itu dan mengaku kesil@pannya, namun difahamkan ia tidak diterima oleh Abby.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment