05 May 2025

SUFIAN SAHKAN DIA & MAS IDAYU SUDAH BERCERAI PADA 4 MAC LALU SELEPAS TIGA TAHUN HIDUP BERSAMA



"Memang betullah g0sip itu. Kami dah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja.
"Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya p0sitif menerima takdir yang sudah ditetapkan ini.

"Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermas@m muka atau berg@duh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini saja."

Demikian jelas Muhamad Sufian Che Isa, 54, dimana Penerbit Eksekutif TV3 itu tampil mengesahkan dia dan isterinya, penyanyi dangdut, Mas Idayu, 53, sudah bercerai pada 4 Mac lalu.

Kata Sufian, ikatan perkahwinan hampir tiga tahun dibina itu terlerai di Mahkamah Syariah Shah Alam yang disifatkannya sebagai tiada jodoh lagi antara mereka.

Dalam pada itu, Sufian akui, dia sedar tiada pasangan yang berkahwin mahu bercerai, tetapi urusan jodoh ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa dan sebagai hamba-Nya, kita harus terima dengan reda.

"Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik.

"Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program," ujarnya.

Untuk makluman, Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022, dimana ia merupakan perkahwinan kali kedua bagi mereka.

Difahamkan, mereka sudah mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008, namun semakin rapat pada 2021 yang membawa pada pernikahan.

Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan pertama itu, Mas Idayu dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Dayini Asyiqa, 27.

Manakala bagi Sufian pula, dia telah memperoleh seorang cahaya mata hasilperkahwinan dengan personaliti TV, Intan Suraya, sebelum ia berakhir dengan perceraian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: