"Saya ada kecil hati sedikit dengan industri muzik Malaysia ini. Disebabkan itu saya banyak buat kerja dengan karyawan Indonesia kerana mereka sangat menghargai saya.
"Saya jayakan pelbagai festival, lagu saya masuk carta dan dapat menyanyi dengan Malique Essential. Tapi sekarang taklah. Masa itu, entah apa-apa yang saya fikirkan.
"Terasa hatilah sebab dipinggirkan sebab lagu saya sedikit berbeza. Lagu jazz tak dapat dimainkan di stesen radio. Di sana masuk carta, seronoknya."
Demikian ujar penyanyi Atilia Haron, 51, dimana dia mengakui, pernah terasa hati apabila muziknya kurang dihargai industri muzik tempatan, sebaliknya lebih mendapat banyak perhatian di Indonesia.
Disebabkan itu, kata Atilia atau nama sebenarnya, Raja Putri Atilia Raja Haron, dia lebih selesa bekerjasama dengan komposer dari sana dan masih menggunakan khidmat mereka sekarang.
Bagaimanapun, Atilia memberitahu, dia ketika itu terlalu mengikut em0si, selain percaya lambat laun rezeki untuk lebih dihargai di sini akan datang jua.
"Itu dulu. Sekarang saya percaya rezeki takkan ke mana-mana kalau kita betul-betul rajin dan p0sitif. Kena kerja kuat sajalah, ada saja rezeki nanti, Insya-Allah," jelasnya penyanyi lagu 'Sangkar' itu.
Dalam pada itu, Atilia turut mendedahkan, dia pernah dilamar menjadi artis seberang dan membina kerjaya muzik di Indonesia, namun dia ada hal penting di sini yang dia tidak ingin lepaskan.
"Saya enggan tinggalkan studio yoga saya. Saya ada perniagaan di sini walaupun tidaklah menjana keuntungan besar. Saya sayang sangat perniagaan itu.
"Memang ada tawaran untuk menetap di Indonesia dan menyanyi di sana, tapi saya tolak. Tawaran itu saya dapat selepas menyanyi bersama Sore.
"Saya tetap sayangkan Malaysia walaupun perkembangan Indonesia lebih pesat pada budaya, muzik, semua itu. Tak terfikir pun nak ke sana lagi. Saya memang sudah putuskan untuk bertapak di sini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Atilia buat julung kalinya bakal bergandingan dengan ibunya yang juga penyanyi legenda, Salamiah Hassan untuk Konsert Gelombang Bahagiaku pada 16 Ogos ini pada jam 8.30 malam di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Konsert terbabit anjuran Mujik Wand Production dan tiket berharga RM150 hingga RM350 boleh dibeli menerusi laman web ticket2u.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment