14 May 2025

"SAYA PALING T4KUT ORANG JUMPA SAYA DALAM KEADAAN SUDAH BERUL4T" - HARUN HASHIM BIMBANG M4TI SENDIRIAN, AKUI MASIH MENANGIS & RASA KOSONG TANPA ISTERI DISISI



Pelakon veteran, Harun Hashim, 68, akui sehingga ke hari ini, dia masih lagi menangis tatkala teringat akan arwah isteri tercinta, Sakinah Ganjali yang pergi meninggalkan dirinya pada November tahun lalu.
Kata Harun, sejak pemergian Allahyarham enam bulan lalu, dia tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara isteri walaupun sehari, malah katanya, dia sanggup berpindah berdekatan tanah perkuburan supaya memudahkannya untuk berulang-alik.

"Saya rasa kosong dan sunyi. Saya kini pat@h sebelah kaki. Selama ini dia menemani saya ke mana saja. Dialah yang jaga jadual kerja termasuklah tolong tengokkan arah jalan.

"Sampai sekarang saya masih lagi menangis. Tiada siapa yang tahu kesedihan yang saya tanggung," tuturnya yang turut menjelaskan, dia belum terfikir untuk mencari pengganti kerana umur yang tidak lagi muda.

"Saya tak berani nak cakap kerana t@kut dikatakan tak sedar diri dengan usia begini. Saya juga t@kut orang kata kalau kahwin hari ini, esok lusa saya pula m@ti.

"Jujurnya bila tinggal sendirian, ada kebimbangan akan m@ti sendirian. Saya paling t@kut orang jumpa saya dalam keadaan sudah berul@t," ujarnya.

Disamping itu, Harun yang memiliki enam orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu, berkata, anak-anak ada datang melawatnya apabila mereka mempunyai waktu terluang.

Sementara itu, Harun juga meluahkan rasa syukur apabila masih menerima tawaran berlakon, sekali gus dapat menampung kehidupan sehariannya.

Terbaharu, Harun kini membintangi telefilem 'Bilal dan Abah' yang akan menemui penonton pada 8 Jun depan jam 9 malam di TV Alhijrah.

Bagaimanapun dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan mas@lah penglihatan, dia tidak boleh menerima semua tawaran.

"Saya ada mas@lah dar@h tinggi, k£ncing manis dan kol£strol. Alhamdullilah setakat ini tawaran sentiasa ada, tapi tak semua yang saya terima. Saya hanya terima mana yang perlu.

"Dapat satu 'job' pun dah cukup untuk menampung hidup selama enam bulan. Lagipun saya sus@h nak bergerak dengan penglihatan yang terhad, biasanya produksi yang akan hantar dan jemput ke lokasi," kata .

Pada 21 November lalu, isteri Harun Hashim menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akib@t kans£r payud@ra tahap empat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: