"Anak-anak itu tetap berbinkan saya sebagai bapa mereka. Anak-anak tetap tanggungjawab saya. Sampai m@ti pun mereka adalah anak saya. Tak kisahlah orang nak cakap saya tak pedulikan anak-anak atau apa yang penting, saya dah buat sehabis baik.
"Saya yang failkan hadanah, saya yang pergi ke mahkamah dan hadir setiap kali nak perjuangkan hak lawatan untuk jumpa anak-anak. Bagi saya orang yang bercakap itu harus berfikirlah. Sebab anak-anak itu tanggungjawab saya."
Itulah kata pelakon Hafidz Roshdi dimana dia menafikan dakwaan netizen yang menyifatkan dia seorang bapa tidak bertanggungjawab terhadap dua anaknya Humairah dan Umar yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya, Nurul Shuhada.
T£gas Hafidz, kedua-dua anaknya itu tetap dar@h dagingnya dan dia bertangungjawab menjaga keperluan mereka sebagai bapa, malah kasih sayang terhadap dua anaknya itu tidak pernah padam.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah mengab@ikan tanggungjawab sebagai seorang bapa, namun biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu.
"Saya tahu diri saya, tak pernah saya mengab@ikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Daripada mereka kecil sampai sekarang, saya balik dari kerja di set penggambaran atau apa, saya mesti nak luangkan masa dengan mereka.
"Saya cuba lapangkan masa untuk bawa mereka berjalan, pendek kata sejak mereka lahir, saya jalankan tanggungjawab sebagai bapa sehabis baik.
"Jadi kalau orang nak kata saya tak bertanggungjawab, tak apalah. Saya sahaja yang tahu diri saya. Saya tahu kedudukan dan pendirian saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment