"Saya tiada masa untuk dik£jar, saya duduk di rumah sahaja. Saya mahu bertemu dengan suami di syurga. Kalau diizinkan Allah.
"Dia seorang lelaki yang baik, dia baca al-Quran dua kali, malah dia lebih tahu daripada saya (bacaan al-Quran).
"Hidup ini tidak mudah, Allah itu beri apa yang saya mahukan. Saya terima takdir ini (pemergian suami).
"Takkan saya nak persoalkan kepada Allah," ujar penyanyi veteran, Salamiah Hassan, 74, dimana dia tidak berkeinginan untuk mencari pengganti lain selepas pemergian suami, Allahyarham Gerry Hughes tiga tahun lalu.
Kata Salamiah, dia hanya mengharapkan supaya dapat kembali bersama dan bertemu semula suaminy aitu di syurga.
Dalam pada itu, Salamiah turut berkongsi kisah dimana dia pernah menolak lamaran Gerry untuk mengahwininya kerana mahu membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
Namun ibu kepada penyanyi Atilia itu terus terbuka hati menerima lelaki berasal Australia itu selepas mengetahui lelaki itu menghidap kans£r dengan tujuan untuk menjaganya.
Klik untuk gambar besar
"Saya rasa berbangga dapat menjaganya sepanjang dia s@kit, lelaki yang mencintai saya dan berjuang sepanjang hidupnya untuk hidup bersama.
"Saya menikah dengannya bukan kerana fizikal. Kans£rnya sudah mer£bak ke paru-paru, pr0stat dan seluruh tubuh," kata penyanyi lagu Gelombang itu
Disamping itu, Salamiah dalam masa sama juga berkongsi, sehingga kini dia masih menyimpan nota suara (voice notes) milik arwah suaminya di telefon pintar.
Biarpun sedih setiap kali mendengar, namun bagi Salamiah, itu merupakan pengubat rindunya terhadap Allahyarham.
"Saya masih ada 'voice notes' (nota suara) dia di dalam telefon bimbit dan pernah juga rasa seperti mahu padam semuanya. Tetapi saya fikir kalau padam, saya tidak akan dengar lagi suaranya.
"Saya tidak mendengar 'voice notes' itu setiap hari kerana ia sangat meny@kitkan. Namun apabila saya terlalu rindu kepadanya, saya akan mendengar," jelasnya.
Untuk makluman, Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Gerry pada 1 September 2022 di sebuah majlis yang diraikan sederhana di Tasmania, Australia.
Bagaimanapun, selepas dua bulan bernikah, lelaki yang berasal dari Australia itu meninggal dunia akib@t kanser.
Sebelum itu, Salamiah pernah berkahwin dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Dalam perkembangan lain, Salamiah bakal mengadakan persembahan bersama anak perempuanya, Atilia di Konsert Gelombang Bahagiaku pada 16 Ogos depan di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dengan harga tiket serendah RM150 hingga RM350.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment