14 May 2025

ISTERI SHUIB REDA ALAMI KEGUGURAN : "SAAT DI DUNIA MUMMY JAGA ANAK-ANAK IBU, SAAT KAMU DI SYURGA ADA IBU YANG MENJAGA ANAK MUMMY'



"Coretan Buat Bintang 🤍

"Siang malam mummy berendam air mata fikirkan kamu... Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy... Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat Mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu..

"Walhal Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran.. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan... 11-05-2025 Mummy dapat berita kamu betul-betul pergi tinggalkan Mummy...

"Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy... Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik & adil buat kamu, kakak & abang-abang kamu...

"Mungkin masih banyak yang perlu Mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini... Dan mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang Mummy ada sebelum adanya Kamu...

Klik untuk gambar besar

"Mummy redha walau ianya terasa p£rit utk Mummy hadapi... Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah..

"Terima Kasih untuk kata-kata semangat dari kalian sekalian... Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa & berbalas.. Maaf atas kerja-kerja yang tergendala... Mummy masih dalam fasa perasaan paling sedih yang Mummy rasakan dalam hidup Mummy..

"Tapi dengan kata-kata dari kalian ini jugalah sedikit sebanyak dapat memujuk hati Mummy ketika ini.. 'Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, Saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy'.
"Walaupun Mummy tahu kata-kata ini hanyalah penyedap hati tapi ianya cukup menenangkan hati Mummy saat ini... Moga kamu & Ibu pada anak-anak Mummy menunggu kami semua di pintu syurga nanti 🤲🏻

"Bintang Yang Pertama Yang Akan Selalu Di Ingatan Mummy 🤍," demikian tulis Watie Hanifiah menerusi media sosial miliknya, dimana isteri kepada pelawak Shuib itu berkongsi berita sedih dia mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Watie yang mengelar anak syurga itu dengan panggilan 'Bintang', menjelaskan, dia mengalami mimpi seolah petanda dia akan kehilangan bayi dalam kandungannya, namun tidak menyangka ianya menjadi kenyataan apabila anaknya itu pergi pada 11 Mei lalu.
Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, bagaimanapun reda di atas apa yang berlaku, meskipun p£rit untuk ditelan, namun yakin Allah lebih mengetahui segalanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Watie sedang hamil dan ia menjadi bualan ramai apabila pengikut di media sosial mula ternampak 'baby bump' dalam gambar yang dikongsi.

Untuk makluman, Shuib berkahwin buat kali kedua dengan Watie pada 23 Jun 2023. Bagi perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: