14 May 2025

SELAMAT BERANGKAT KE MAKKAH - SITI NURHALIZA MOHON DOA AGAR URUSAN IBUNYA TUNAI HAJI DPERMUDAHKAN



"Alhamdulillah, Subuh tadi mak Salmah berangkat menunaikan fardu Haji. Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji.
"Syukur, segala urusan pendaftaran berjalan lancar. Terima kasih Lembaga Tabung Haji kerana memudahkan urusan jemaah semua.

"Doakan semoga mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah Haji, mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan kembali. Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah Haji."

Itulah kata Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi media sosial, dimana beliau memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik telah pun selamat berangkah ke Makkah bagi menunaikan ibadah Haji, pagi hari ini.

Siti dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar ibunya dan jemaah lain dipermudahkan segala urusan serta dilindungi sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima itu, selain dikurniakan kesihatan baik dan mendapat Haji yang mabrur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: