14 May 2025

SUDAH SURVEY RUMAH ORANG TUA - ELIZAD REDA MASIH BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT SELEPAS 10 TAHUN KAHWIN



"Saya sudah beli barang anak daripada tahun pertama kami berkahwin dan sekarang ini saya sudah berikan semuanya kepada orang sebab buat masa ini saya dalam fasa reda selepas 10 tahun.
"Saya tawakal kalau Tuhan kata belum ada rezeki dikurniakan rezeki anak tak apa, jadi rumah terbaru suami ni memang tiada barang bayi.

"Saya pernah melihat suami menangis bila solat sebab risau tak bahagiakan saya bila melibatkan anak kemudian terus saya tersedar sebab saya patut bersyukur ada suami yang sangat memahami dan tak berikan tek@nan kepada saya."

Itulah kata pelakon Siti Elizad dimana dia sudah berada di fasa reda seandainya belum dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Elizad turut berkongsikan, dia telah memikirkan mengenai hari tuanya kelak apabila baru-baru ini, dia sudah survey rumah orang tua.

"Saya jalan sendiri pergi tengok rumah orang-orang tua. Saya masa pergi umrah saya pegang kata-kata seorang makcik, masa tu dia seorang.

"Dia kata Elizad belum ada anak jangqn sedih, dia ada 8-9 anak tapi tak duduk pun dengan dia, tak jaga pun dia, jadi Elizad tak perlu rasa sorang-sorang. Elizad terlepas dengan rasa itu, tak meny@kitkan hati," kongsinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: