24 May 2025

SYUKUR TAK PERLU DIB£DAH - SYARIF SLEEQ KATA 'DISC' TULANG BELAKANG TIDAK TERKELUAR SEPENUHNYA



"Mula-mula, saya buat tak tahu dan terus melakukan kerja mengangkat berat untuk penyediaan perniagaan serta menganggap diri masih di usia 20-an.
"Lama-lama, badan mula terbiasa dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti postur badan yang tak betul, duduk lama dan memandu lama.

"Semua itu tidak baik untuk kesihatan tulang belakang. Bila tinggi saya 180 sentimeter (cm) dan badan bahagian atas (torso) agak pendek. Ia kombinasi yang tidak membantu."

Demikian ujar bekas anggota kumpulan Sleeq dan usahawan, Syarif, 35, yang meluahkan rasa syukur apabila dia tidak perlu menjalani pemb£dahan kerana 'disc' tulang belakangnya tidak terkeluar sepenuhnya.

Jelas Syarif atau nama sebenarnya, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, dia mengalami s@kit belakang yang berpanjangan sejak November dan tetap meneruskan hidupnya seperti biasa.

Syarif bagaimanapun membuat keputusan untuk berjumpa doktor sebagai penc£gahan awal, selepas sudah 10 tahun mengamalkan gaya hidup itu.

Klik untuk gambar besar
"Buat pengimejan resonan magnet untuk kali pertama, dan rupa-rupanya cakera L4 dan L5-S1 dah mula tekan saraf, dan beberapa sendi pun dah meradang.

"Nasib baik saya dapat kesan awal. Doktor cadangkan rawatan invasif minimum iaitu sunt1kan ster0id untuk kurangkan radang, dan prosedur 'nerve ablation' untuk hapuskan beberapa saraf kecil yang menyebabkan kes@kitan yang menjalar dari belakang ke kaki kiri.

"Saya dib1us, menjalani prosedur selama sejam, pantau dalam dua jam, dan terus boleh balik. Masih rasa s@kit sikit sekarang, tapi memang dah rasa beza," katanya yang turut memberitahu, selepas ini, dia akan menjalani proses fisioterapi dan pemulihan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Untuk 'Dia' ini berkata, bahagian paling penting dalam proses itu adalah belajar untuk mengurus kehidupan seharian dengan lebih baik dengan menjaga postur badan, melakukan senaman yang betul, dan jangan keras kepala apabila badan menerima isyarat s@kit.

"Jaga belakang badan anda semua. Terutamanya kalau tinggi 178cm ke atas. Kedudukan pusat graviti tu dah agak jauh sikit. Kalau ada s@kit, jangan buat tak tahu, cepat-cepat dapatkan rawatan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: