24 May 2025

"SAYA HANYA NAK IBU BUAT PILIHAN YANG BOLEH BUATKAN DIRINYA GEMBIRA & TENANG" - ANAK BERI SOKONGAN KEPADA NORA ARIFFIN, TAK MAHU MASUK CAMPUR KEM£LUT RUMAH TANGGA



"Saya kadang-kadang boleh dianggap 'pakar terapi' di rumah. Dengan kawan-kawan pun saya akan cakap kalau ada mas@lah boleh jumpa saya sebab saya ini seorang yang ada empati.
"Kadang-kadang ibu pun ada datang berjumpa dan meluah mas@lahnya kepada saya. Saya bukan memberi nasihat, tapi hanya mendengar kerana mungkin mereka mahu untuk meluah sahaja.

"Saya memang rapat dengan ibu dan selalu dengar apa mas@lahnya," kata anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu penyanyi Putridahlia, 21, dimana dia selalu meluangkan masa bersama ibunya itu untuk sesi hati ke hati berkenaan kehidupan.

Dalam pada itu, Putridahlia juga memberitahu, dia tidak mahu mencampuri kem£lut rumah tangga ibunya dengan bapa tiri, Dr Rushdi Ramli yang mendapat perhatian ramai sejak tahun lalu.

Ujarnya lagi, apapun yang terjadi, dia sentiasa mahukan ibunya mendapat ketenangan dan kebahagiaan serta percaya jalan dipilihnya itu ada sebab tersendiri.

"Saya hanya nak ibu buat pilihan yang boleh buatkan dirinya gembira dan tenang. Saya hanya mahu dia merasai ketenangan itu. Sekarang ini saya percaya ibu pasti ada sebab dia tersendiri.

"Apa sahaja buat dia gembira, saya akan gembira," tuturnya yang turut mengambil pendekatan tidak membaca dan mengambil tahu mengenai kem£lut itu.

"Saya sebenarnya tak baca komen dan tak terbabit. Saya fikir mereka adalah orang dewasa, boleh uruskan mas@lah sendiri. Sebagai anak, saya hanya menyokong apa yang mereka buat, tapi tidak terbabit dengan isu-isu itu.

"Saya percaya apa yang ibu buat kerana mesti ada sebab tersendiri, saya hanya beri sokongan dari jauh," jelas Putridahlia yang juga anak ketiga Nora hasil perkahwinan dengan Allahyarham Johan Nawawi ini.

Sebelum ini, Nora yang berkahwin dengan Dr Rushdi pada tahun 2021, memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya itu selepas didakwa did£sak pihak ketiga.

Untuk makluman, Rushdi adalah sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akib@t s£rangan jantung pada usia 52 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: