"Kalau dapat lelaki umur macam ni (sambil menunjukkan suaminya) tapi masih segak, itu tandanya dia hebat. Saya lebih tua daripada suami. Saya pun memilih juga, nok! Tak nak jaga lelaki yang dah nak m@ti."
Itulah jelas ibu kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, dimana dia berselor0h sambil tertawa, mengakui dirinya cukup cer£wet dalam soal memilih pasangan hidup.
Pengasas empayar kecantikan itu menerusi satu video yang tular di media sosial, menyatakan, lelaki yang layak menjadi pendamping hidupnya hanyalah lelaki yang masih segak dan bertenaga meskipun dimamah usia.
Sementara itu, suaminya yang juga abang kepada pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam, dalam nada santai turut memberikan reaksi.
Klik untuk gambar besar
"Ada yang kata saya nampak lebih tua, mungkin sebab misai saya yang tebal. Kalau saya buang misai ni, orang cakap saya nampak jauh lebih muda daripada isteri. Tapi nanti dia pula yang sedih," katanya.
Kenyataan jujur pasangan ini menc£tuskan pelbagai reaksi di ruangan komen, termasuk yang terkejut dengan pendedahan Bonda dan ada juga yang terhibur dengan keikhlasan mereka.
Sebelum ini, pasangan itu pernah menjadi tumpuan apabila suami Bonda Rozita memuji isterinya sebagai seorang wanita yang bertenaga seperti gadis muda, biarpun usianya kini menjangkau separuh abad.
Kata suami Bonda Rozita, dia kagum dengan kesihatan dalaman isternya kerana sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan sejak dulu lagi.
"Memang tak dinafikan dalaman awak begitu baik kerana awak mengamalkan penjagaan makanan yang teratur untuk kesihatan mungkin sejak 10 atau 20 tahun yang lalu.
"Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Dengan tenaga yang dimiliki juga bagus. Awak mampu berjogging selama dua jam.
"Kesihatan awak sangat bagus macam tak sesuai dengan umur awak. Kalau awak cari jodoh, awak tidak sesuai dengan lelaki yang tidak sihat. Tidak kisahlah umur di bawah dari awak, tapi kalau tidak sihat tak guna," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment