16 May 2025

TAK KISAH & TAK PEDULI KENA 'B0DY SH4MING' - AS FEMININ AKUI KEC4MAN TAK BAWA SEBARANG K£SAN, ASALKAN TAK SENTUH KELUARGA



"Feminin ke cinta kol£sterol ni?" ini antara komen netizen yang mengec@m penampilan terkini kumpulan rap wanita popular era 90-an, Feminin.

Komen tersebut timbul selepas Fiminin membuat kemunculan semula di Konsert GenKRU, baru-baru ini.

Walaupun ramai yang gembira, namun ia turut dic£mari tohm@han b1adab segelintir netizen yang mengh1na perubahan fizikal mereka.

Antara paling t£ruk menjadi sas@ran ialah penyanyi utamanya, Asfarina Muhamad atau As, 50, apabila penampilan terkininya dipers£ndakan netizen yang dikatakan jauh berbeza ketika zaman kemuncak Feminin sekitar era 1990-an.

Berhubung kec@man yang diterima, As berkata, dia tidak mengambil peduli mengenainya kerana ia tidak membawa apa-apa k£san, asalkan tidak menyentuh keluarga.

"Sebenarnya benda-benda macam ini saya tolak tepi saja. Ia tak beri apa-apa k£san pun sebab kita tahu kita punya keadaan macam mana.

"Apa yang kita lalui di rumah semua orang tak tahu. Kita ada anak autisme menjaga sampai pukul berapa pagi, apa semua.

"Bagi saya, apa yang mereka cakap itu biarlah. Asalkan mereka tak cakap pasal keluarga dan anak-anak, saya okey.

"Jangan sentuh keluarga saja. Bagi saya benda-benda itu (kec@man) benda kecil," ulasnya.

Ujarnya lagi, kec@man yang diterima sekarang tidak membawa sebarang k£san, berbanding dulu, dimana Feminin lagi t£ruk dik£cam peminat.

"Kita tak ada macam orang kata mel£nting pun. Kalau kita layan balik, kita pun jadi budak-budak macam mereka juga. Jadi benda macam itu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri," katanya.

Sementara itu, Feminin tidak menyangka nama mereka kembali menjadi sebutan selepas kemunculan di Konsert GenKRU baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, malah ramai yang meminta Feminin mengadakan persembahan atau konsert selepas ini.

Ditanya mengenai pemintaan peminat itu, As mengulas, setakat ini mereka belum terfikir apa-apa lagi mengenai persembahan seterusnya.

"Tak tahu lagi. Insya-Allah. Benda-benda macam itu tak tahu lagi. Lepas habis hari itu, saya pun tak ada terfikir apa-apa lagi," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam Konsert GenKRU hari keempat itu, Feminin yang tampil dengan tiga anggota iaitu As, Along dan Watie menyanyikan lagu popular mereka, 'Untukmu'.

Manakala, dua lagi anggota asalnya, Yatie dan Deq Nor tidak bersama mereka pada malam itu.

Disamping itu, As menjelaskan, pembabitan mereka sebenarnya adalah pada saat-saat akhir selepas dia mendapatkan persetujuan daripada pengasas dan bekas pengurus Feminin, Edd Razhe dan suaminya, Azman Adnan yang juga bekas bintang bola sepak kebangsaan.

"Sebenarnya memang mereka dah lama nak tapi saya tak berani nak cakap apa-apa. Maklumlah apa-apa keputusan kena tanya abang Edd.

"Lepas itu kena tanya Man (suami). Bila mereka kata okay, baru saya boleh beraksi. Kalau mereka kata tak okay, tidaklah jawabnya. Kena dapatkan restu juga.

"Bagi saya apa-apapun benda itu perlu. Saya macam manapun sampai sekarang ingat jasa abang Edd yang menjaga kami dari usia belasan tahun lagi," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali membelakangkan Edd walaupun hanya membabitkan perkara kecil.

"Tak boleh sebab tak biasa buat begitu. Mesti tanya dia juga sebab dia yang bertanggungjawab cungkil bakat kami. Kalau membelakangkan dia, rasa tak sedap hati," tuturnya.

Dalam pada itu, As memberitahu, jika ada yang menawarkan persembahan untuk Feminin selepas ini, dia juga akan menyerahkan kepada Edd dan suaminya untuk memberi kata putus.

"Kalau mereka kata okay lagi, okaylah. Kalau mereka kata tak payahlah, hari itu saja cukup, maka cukuplah. Macam itu saja senang, sebab saya pun tak nak pening-pening kepala.

"Kita dah berumur ini kalau boleh elaklah benda-benda macam itu kan. Kalau kedua-dua mereka setuju saya kena tanya anggota lain juga," katanya.

Selain itu, As juga tidak menafikan memang seronok apabila Feminin kembali jadi sebutan, sekali gus mengembalikan nostalgia lama.

As gembira mengenangkan peminat yang ada serta dapat berjumpa semula kawan-kawan lama dalam industri seni.

"Itu sebenarnya yang buat seronok. Mengenangkan balik lagu yang dah lama kita tak nyanyikan dan dinyanyi balik selepas 28 tahun.

"Ia mengembalikan memori sebenarnya. Itu yang buat kita rasa macam dihargai. Lebih kurang macam itulah perasaan kami," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: