16 May 2025

LIPAT KEMAS ISU RUMAH TANGGA - KAKA AZRAFF MAHU JAGA MENT4L ANAK-ANAK, MEMBESAR DALAM IKATAN KEKELUARGAAN



"Saya dan suami hanya mahu memberi yang terbaik untuk anak-anak kami. Apatah lagi, mereka masih kecil dan dalam proses membesar yang memerlukan perhatian ibu bapa.
"Jadi, saya mohon doakan yang baik-baik dan semua permas@lahan berlaku sebelum ini, biar saya dan suami saja yang tahu. Bagi saya, cerita peribadi tidak perlu terlalu terbuka dikongsikan.

"Sebagai ibu, saya fikir penting untuk menjaga kesihatan ment@l anak-anak. Jadi, biar mereka membesar dalam keadaan ikatan kekeluargaan yang baik serta dipenuhi kasih sayang."

Demikian kata penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, 36, dimana dia selesa tidak berkongsi secara terbuka mengenai hal peribadinya, walaupun terpalit dengan k£s ker£takan rumah tangga pada Oktober tahun lalu sehingga didakwa bercerai.

Dalam pada itu, Kaka meluahkan rasa syukur hubungan dia dan suami, Adam Azriff bersatu semula dan menganggap apa yang berlaku itu sebagai asam garam pasangan suami isteri dalam berumah tangga.

Kaka yang melipat kemas kisah rumah tangganya, berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah kegembiraan serta kebahagiaan tiga anak lelakinya iaitu Aslan, 6; Aryan, 4; dan Atta Adam, 2, yang masih kecil.

Menurutnya, dia juga tidak gemar berkongsi kisah peribadi dan keluarga di media sosial untuk tontonan umum kerana perlu menjaga hati banyak pihak serta menutup a1b.

Sementara itu, berbicara karier seninya pula, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, berkata, ketika ini dia semakin selesa bergerak sendiri walaupun perlu berdepan pelbagai cabaran.

"Alhamdulillah, saya masih aktif dalam bidang nyanyian. Tawaran menyanyi pun masih diterima dan apa yang penting, semua itu rezeki anak-anak dan keluarga saya.

"Syukur juga apabila saya pun semakin terbiasa bergerak sendiri dengan jadual kerja perlu diatur teliti. Setakat ini dah lebih setahun saya mengurus sendiri, ia dipermudahkan dan lancar.

"Memang agak mencab@r juga, tapi saya fikir sudah tiba masa melakukan sendiri terutama dalam mengatur hala tuju karier yang saya mahu, begitu juga semua keputusan yang dibuat sendiri," ujar penyanyi lagu 'Gil@' dan 'Bawaku Pergi' ini.

Disamping itu, Kaka yang p0sitif dengan perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan yang mencecah 13 tahun sejak bermula pada 2012, mengakui, dia yakin terhadap rezekinya dan perlu rajin berusaha tanpa mudah berasa putus asa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: