26 May 2025

"TERLALU BERFIKIR PUN TAK GUNA SEBAB SUDAH TAHU ARAHNYA, SAYA TIDAK AKAN TARIK BALIK FAIL PERCERAIAN" - NORA ARIFFIN



"Alhamdulillah, saya kembali macam biasa. Semua okay dan dipermudahkan. Saya tak s£rabut sebab sudah tahu proses apa akan terjadi dan hanya tunggu tarikh mahkamah.
"Terlalu berfikir pun tak guna sebab sudah tahu arahnya. Saya tidak akan menarik balik fail perceraian, jadi tunggu tarikh dan langkah seterusnya."

Itulah kata penyanyi Datuk Nora Ariffin dimana dia mengakui dirinya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan mengenai k£s tuntutan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini.

Tidak mahu fikirannya dib£bankan dengan nasib yang akan men1mpa bahtera perkahwinannya itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dil£ma' itu berkata, dia hanya cuba p0sitif dengan melakukan rutin harian seperti biasa.

Dalam pada itu, Nora bagaimanapun mengakui, dia dan Rushdi sama sekali tidak berg@duh, malah hanya meminta suaminya memberi kerjasama baik, selain dia sudah bersedia untuk dilepaskan melalui prosedur perceraian di mahkamah.

"Sebelum ini, dia (Rushdi) tidak berkata apa-apa, tapi saya cakap elok-elok mahu selesaikan perkara ini secara baik. Saya tidak mahu berg@duh, minta dia datang dan permudahkan urusan.

"Saya juga minta maaf kepadanya. Sebelum masuk mahkamah pun perasaan saya sudah 70 peratus bersedia untuk dilafaz cerai. Kena bersedia sebab t@kut p£ngsan," tuturnya.

Kontr0versi perkahwinan pasangan itu timbul apabila Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya pada Ogos tahun lalu, namun selepas sebulan mengumumkan perceraian, Nora memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

Sebelum itu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akib@t s£rangan jantung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: