27 May 2025

LAGU 'ANGKAT' & 'SERUMPUN' C£TUS FENOMENA - MIMI FLY AKUI RAKAN LAMA TIBA-TIBA MUNCUL, ADA YANG NAK TUMPANG POPULARITI & ADA JUGA PINJAM DUIT



"Saya ini sudah jumpa macam-macam jenis manusia. Namun itu semua normal bagi saya. Ada yang (datang) suka mengangkat populariti dan ada juga yang suka dengan seni saya.
"Ada juga yang pandang saya sekarang ini sedang kaya, tetapi apa yang saya boleh, saya tolong. Saya tidak mahu fikir banyak sebab sekarang ni hanya mahu fokus dengan pelbagai benda.

"Saya sangat sibuk sekarang ini sampaikan tiada masa. Mahu keluar 'dating' pun tiada masa," ujar penyanyi Mimi Fly dimana dia mendedahkan ada beberapa orang kenalan lama kembali menemuinya dengan pelbagai tujuan selepas namanya kembali melonjak naik dalam industri muzik.



Kata Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 39, ada yang datang untuk meminjam duit, malah ada juga yang mencari dirinya berniat untuk menumpang populariti.

Sebelum ini, lagu nyanyian Mimi Fly telah menc£tuskan fenomena apabila 'Angkat' dan 'Serumpun' mendapat sambutan luar biasa dan hangat diperkatakan ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: