13 May 2025

TUDUHAN CED£RAKAN BEKAS ISTERI - HAFIDZ ROSHDI BERSYUKUR DILEPAS & DIBEBASKAN SEPENUHNYA : "SAYA RASA SANGAT-SANGAT LEGALAH"



Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini, melepas dan membebaskan pelakon Hafidz Roshdi sepenuhnya daripada pertuduhan menced£rakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, dua tahun lalu
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pengadu tidak lagi berhasrat untuk meneruskan k£s itu.

Peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, keputusan mahkamah untuk memberikan Acquittal and Discharge (A&D) atau perintah dilepas dan dibebaskan sepenuhnya adalah berasaskan prinsip keadilan memandangkan pengadu menarik balik laporan polis terdahulu dan menyatakan dengan jelas tidak mahu meneruskan pendakwaan.

"Jika hanya diberi DNAA (Discharge Not Amounting to Acquittal), Hafidz masih boleh dituduh semula pada bila-bila masa.

"Ini tidak adil kerana pengadu sendiri sudah menyelesaikan perkara ini secara baik, laporan sudah ditarik balik, dan ada perintah persetujuan daripada mahkamah," katanya.

Menurut Akberdin lagi, pihaknya sudah hadir ke mahkamah sebanyak 11 kali, termasuk bagi sebutan dan perbicaraan, sepanjang k£s berlangsung sejak tahun 2023.

"Hari ini sepatutnya hari bicara, namun pengadu tetap tidak hadir. Sebelum ini juga dia tidak hadir atas alasan berada di luar negara dan mahkamah sudah memberikan tarikh akhir iaitu hari ini. Wang jaminan sebanyak RM4,000 turut dipulangkan kepada penjamin, iaitu bapa Hafidz," jelasnya.

Sementara itu, Hafidz yang kini mempunyai tiga orang anak, meluahkan rasa syukur atas selesainya k£s ini.

"Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT, kepada nabi kita Nabi Muhammad SAW. Itu yang pertama sekali. Saya rasa sangat bersyukur. Saya rasa sangat-sangat legalah.

"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Akberdin dan pasukan, ibu bapa saya, peminat-peminat yang menyokong saya, keluarga saya dan juga wartawan-wartawan yang datang tadi. Terima kasih datang.

"Terima kasih kepada semua. Itu yang saya ingin ucapkan. Sebab bagi saya, kita nak teruskan ke hadapan. Kita tak nak bermusvhan.

"Kita tak nak apa-apa. Kita nak selesai secara baiklah. Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan baik hari ini," tuturnya.

Terdahulu, 20 Januari lalu, Majistret Nurul Izzah memerintahkan Shuhada untuk hadir ke mahkamah, selepas gag@l hadir pada tarikh berkenaan.

Shuhada sebelum itu membuat keputusan menarik balik laporan polis dan tidak mahu meneruskan k£s diced£rakan pada 6 Julai tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: