13 May 2025

NORA ARIFFIN H£NTAM NETIZEN BUAT AKAUN P4LSU SEMATA-MATA NAK MENGATA DIRINYA



Penyanyi Datuk Nora Ariffin menerusi media sosial miliknya telah memuat naik gambar bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawawi berserta kapsyen yang menarik perhatian ramai.

"Bercerai hidup tak sama dengan bercerai mati,' tulis Nora yang sebelum ini juga memuat naik gambar bersama Johan dan anaknya, Allahyarham Alif Johan dan ibunya, Allahyarham Datin Wan Azizah Wan Ismail.

Perkongsian Nora itu bagaimanapun ada segelintir pihak yang kurang senang dan mendakwa penyanyi itu tidak menjaga hati suaminya ketika ini, Dr Rushdi Ramli.

Enggan berdiam diri, Nora dalam masa sama turut 'mengh£ntam' segelintir netizen yang 'meny£rangnya' di media sosial.

Klik untuk gambar besar

"Lawak betul perangai kamu ni. Sanggup bersusah payah buat akaun palsu semata-mata nak mengata saya. Katanya tak minat, tak suka, tapi tetap juga 'follow' dan 'st@lk'.

"Saya muat naik gambar suami. kamu kata saya menayang, padahal suami saya pun suka. Saya muat naik gambar arwah, kamu kata saya tak jaga hati suami, padahal suami saya pun turut teringat.

"Saya 'post' gambar gembira kamu kata, 'Hahhh, happy lah tu'. Saya 'post' gambar sedih, kamu kata, 'Pad@n muka'. Saya post gambar kucing – kamu kata, 'K£siannya...'," katanya di media sosial.
Disamping itu, Nora men£gaskan, mereka yang suka menjaga tepi kain orang lain perlu lebih menumpukan perhatian kepada keluarga masing-masing.

"Sebenarnya, kamu nak apa? Lebih baik kamu tumpukan perhatian pada suami dan anak-anak sendiri.

"Itu lebih baik, malah lebih banyak pahala daripada sibuk jaga hal rumah tangga saya. Semoga hari kamu indah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: