"Keced£raan berlaku ketika saya menunggu penerbangan untuk balik ke Kuala Lumpur selepas menghadiri Sesi Town Hall di Kota Kinabalu dua hari lalu.
"Ia menyebabkan saya sus@h nak berjalan, tapi terpaksa juga minta keluar hospital hari ini sebab ada tugasan yang perlu dilaksanakan."
Demikian jelas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, semalam akib@t keced£raan otot di bahagian pinggang.
Kata Hans, kec£deraan yang dialami berlaku ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah selepas menghadiri sesi Sesi Town Hall Finas di sana.
Tambahnya lagi, atas faktor kekangan kerja, dia yang sepatutnya tidak dibenarkan keluar wad hari ini, memohon pertimbangan pihak hospital untuk 'melepaskannya'.
"Saya perlu keluar hospital hari ini kerana sudah berjanji untuk menghadiri program pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Seremban, Negeri Sembilan dan Johor Bahru, hari ini.
"Jadi saya minta jasa baik doktor untuk 'lepaskan' saya atas permintaan sendiri. Sekarang saya sedang menjalani rawatan fisi0terapi sebelum bertolak ke Seremban jam dua petang ini," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment