13 May 2025

TUKAR SEKOLAH ANAK - RIDZUAN RIDZOKUMURA BIMBANG EM0SI SKY TERJ£JAS GARA-GARA DIEJ£K RAKAN



"Saya kasihan tengok Sky, kadang-kadang nampak dia duduk seorang diri dan menangis. Saya tukarkan sekolah Sky sebab nampak dia tak selesa kena ej£k dengan rakan-rakan di tempat lama.

"Jadi saya faham apa yang Sky rasa, tambah pula risau jika dia alami depr£si. Budak-budak itu mengata sampai buatkan Sky terasa, mereka kata Sky ada satu sahaja keluarga tapi mereka ada dua."

"Kami berdua ada berjumpa dengan pakar psiki@tri dan kosnya bukannya murah. Untuk Sky enam jam sahaja dah RM3,500, manakala saya untuk satu jam dikenakan sebanyak RM2,750."

Demikian jelas usahawan dan pemp£ngaruh, Ridzuan Ridzokumura, dimana dia mendedahkan anaknya, Sky Taizo Okumura sering dijadikan bahan us1kan rakan-rakan di sekolah selepas kem@tian isteri iaitu Allahyarham Akiko Okumura.

Klik untuk gambar besar

Kehilangan wanita yang bergelar ibu memberi k£san buat anak tunggal Ridzuan atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50.

Dalam pada itu, Ridzuan berkata, dia mengambil keputusan untuk menukarkan Sky ke sekolah yang lain kerana bimbang ia akan menj£jaskan kesihatan ment@l anaknya itu.

Perkara itu dikongsikan bapa saudara kepada pelakon Zarina Zainuddin ini ketika melakukan sesi siaran langsung di media sosial miliknya pada pagi Selasa.
Disamping itu, Ridzuan memaklumkan, dia dan anaknya ini pernah mendapatkan khidmat nasihat psiki@tri, namun disebabkan beberapa kekangan termasuk kos, sesi berkenaan tidak dapat dilakukan selalu.

Pada 28 Februari lalu, Allahyarham Akiko meninggal dunia akib@t terj@tuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.

Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.

Untuk makluman, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki iaitu Sky yang kini berusia 13 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: