"Alhamdulillah, saya sudah menyempurnakan ibadah haji. Pengalaman ini merupakan perjalanan rohani yang sangat indah kerana saya berangkat sendiri ke Tanah Suci.
"Dengan niat dan tekad, saya berangkat menunaikan haji dan Alhamdulillah semua prosesnya benar-benar dipermudahkan oleh Allah. Semuanya berjalan lancar.
"Ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup dan saya bersyukur kerana dapat menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Klik untuk gambar besar
Itulah kata penyanyi terkenal Indonesia, Afgan dimana dia telah pun selesai menunaikan ibadah haji dan menganggap ia adalah satu keputusan terbaik baginya berangkat ke Tanah Suci Makkah tahun ini.
Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, 35, berkata, dia tidak berfikir panjang apabila hatinya terdetik untuk menunaikan rukum Islam kelima itu.
Melihat pada video tersebut, Afgan berkongsi beberapa klip sepanjang perjalanan di sana serta meluahkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudahkan.
Pada 30 Mei lalu, Afgan menerusi media sosial memberitahu, dia berada di Madinah sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment