15 June 2025

"ALHAMDULILLAH, SAYA BERASA SANGAT LEGA & BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN (SAM4N) INI" - PUTERI SARAH



"Saya berasa lega sebab benda ini berlaku pada 2023 dan saya mula 'take action' (mengambil tindakan) pada 2024 serta masuk mahkamah pada 2025 dan akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun ini.
"Alhamdulillah, saya berasa sangat lega dan bersyukur dengan kemenangan ini kerana ia membabitkan maruah saya, 'bisnes partner' (rakan kongsi) dan bisnes saya sekarang.

"Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan ahli keluarga serta orang terdekat yang sentiasa di sisi dan tidak pernah lupa berdoa untuk saya, sepanjang k£s ini."

Itulah kata pelakon Puteri Sarah dimana dia meluahkan rasa syukur selepas menang k£s sam@n fitn@h terhadap bekas pekerjanya iaitu Nazatul Nazira Zainol Abidin.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan bekas pekerja Puteri Sarah membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kerana hantaran fitn@h dalam platf@rm stories di Instagram (IG) dan WhatsApp pada tahun lalu.

Selain ganti rugi, Nazatul diperintahkan untuk membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 kepada Puteri Sarah, termasuk faedah pada kadar 5 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: