04 June 2025

AMAR BAHARIN LUAH RASA SYUKUR SELESAI TANGGUNGJAWAB AGIHKAN WANG INFAK DI MADINAH : "SEMOGA JADI LADANG PAHALA BUAT SEMUA..."



"Alhamdulillah semua duit infak telah saya infakkan menerusi Restoran Paktam Madinah untuk diagihkan kepada jemaah di Masjid Nabawi. Duit infak itu ada diberi sebelum mula perjalanan, di tengah perjalanan dan sesudah sampai di Tanah Har@m Madinah.

Itulah tutur pelakon Amar Baharin dimana dia meluahkan rasa syukur selepas tanggungjawab mengagihkan wang infak yang dikirimkan sepanjang misi kayuhan ke Tanah Har@m sebelum ini sudah diselesaikan.

Difahamkan, Amar atau nama penuhnya, Amar Mohd Baharin, 40, menyalurkan wang berkenaan melalui sebuah restoran dengan mengagihkan makanan kepada jemaah di Masjid Nabawi di Madinah.

Klik untuk gambar besar

Amar yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya, menzahirkan penghargaan buat pemberi infak yang bermurah hati berkongsi rezeki, malah dia turut mendoakan sumbangan yang diberikan itu menjadi ladang pahala buat mereka yang bersedekah.

"Semoga menjadi ladang pahala buat semua yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah," ujar suami kepada pelakon Amyra Rosli itu.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sifat bertanggungjawab Amar serta rakan misi kayuhannya iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dalam menyampaikan dana infak.

Untuk info, misi kayuhan duo berkenaan tamat selepas mereka selamat tiba di Masjid Nabawi pada 29 Mei lalu.

Amar dan Qobin yang memulakan misi kayuhan itu dari Perlis sejak 27 April lalu, dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: