04 June 2025

KUALITI TIDUR SEMAKIN MEMBAIK - ZULKIFLI ISMAIL GUNA MESIN CPAP ENAM BULAN RAWAT MAS4LAH 'OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA'



"Sejak enam bulan lalu saya tidur menggunakan mesin 'Continuous P0sitive Airway Pressure' (CPAP) bagi mengatasi mas@lah 'Obstructive Sleep Apnea' (OSA) yang saya alami."

Demikian kongsi pelakon Zulkifli Ismail, 62, dimana dia yang mengalami kesuk@ran bernafas ketika tidur itu sudah enam bulan menggunakan mesin 'Continuous P0sitive Airway Pressure' (CPAP) sebagai sal@h satu ikhtiar merawat mas@lah tersebut.

Dalam pada itu, Zulkifli meluahkan rasa syukur mas@lah tersebut semakin membaik apabila tidurnya juga semakin berkualiti, selain kadar oksigen ke bahagian otak meningkat berbanding sebelum ini.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah, tidur saya semakin berkualiti (deep sleep). Kadar oksigen ke otak juga semakin meningkat," katanya yang berkongsi pengalamannya menggunakan mesin CPAP itu menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Zulkifli yang berkongsi lanjut perkembangan terkini, memberitahu, badannya menunjukkan perubahan p0sitif, lebih-lebih lagi pada waktu pagi susulan mendapat tidur mencukupi dan berkualiti.

Tambahnya lagi, walaupun perlu berada lama di set penggambaran, dia tidak lagi rasa mengantuk dan dapat memberikan komitmen terhadap kerja.

"Saya bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga. Sekarang saya tidak lagi rasa mengantuk sewaktu dalam set penggambaran kendatipun penggambaran sehingga tengah malam atau awal pagi," jelasnya.
Pada November tahun lalu, Zulkifli terpaksa ditah@n di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HTCM) kerana mengalami mas2lah pernafasan ketika tidur.

Lebih membimb@ngkan apabila pernafasan pelakon itu juga pernah terhenti beberapa kali semasa dia sedang tidur nyenyak.

Disebabkan perkara itu, Zulkifli melakukan rawatan 'sleep studies' untuk mengetahui mas@lah dihadapi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: