04 June 2025

MAJLIS AKIKAH 'BABY M' - NABILA RAZALI JEMPUT ORANG RAMAI HADIR RAIKAN BERSAMA



"Saya nak ajak anda semua datang ke majlis akikah 'Baby M'. Kami sekeluarga tak sabar nak jumpa anda di Kelantan nanti, jemput datang beramai-ramai."

Itulah kata pelakon dan penyanyi, Nabila Razali dimana dia menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis akikah bagi meraikan putera sulungnya yang digelar 'Baby M' di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun ini.

Nabila yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, memaklumkan, pada raya Aidiladha kali ini, dia akan pulang ke Kelantan dan mengajak orang ramai hadir di lokasi berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia juga tidak sabar menantikan kehadiran tetamu untuk memeriahkan majlis akikah anaknya itu.

Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan pada 18 November 2023 dan dikurniakan anak sulung lelaki pada 23 Disember lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: