"Seperti dimaklumkan oleh Raja Ema, anak sulungnya, Putera Ammar kini sedang berdepan dengan ujian kesihatan kerana menghidap peny@kit gastr0par£sis, menyebabkan pergerakannya agak terbatas.
"Tapi kalau ada dalam kalangan ahli keluarga Sheqal yang mahu membawa anak-anak terutama Putera Al-Kasyah untuk menatap arwah bapanya buat kali terakhir, saya dan Raja Ema okay saja. Cuma selama ini tiada sesiapa yang menghubungi kami untuk mempertemukan mereka dengan bapanya."
Demikian jelas pelakon veteran, Sukarni Jaafar yang memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya keluarga Allahyarham Sheqal ingin membawa dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular era 80-an, Raja Ema, untuk menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir.
Sukarni yang merupakan ibu saudara Raja Ema, berkata, sehingga kini tiada wakil daripada keluarga Allahyarham yang menghubunginya berhubung urusan pertemuan tersebut, malah mereka sekeluarga juga buntu kerana tidak menerima sebarang maklumat berhubung kem@tian atau urusan pengebumian arwah.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Sukarni turut memberitahu, Raja Ema sudah mengetahui mengenai pemergian bekas suaminya itu, namun tidak berhasrat untuk hadir ke majlis pengebumian.
"Raja Ema memang tidak akan ke kubur. Dia sudah tiada kena mengena dengan bekas suaminya itu. Nanti apa kata isterinya. Dia memang tiada mas@lah kalau ada ahli keluarga Sheqal yang mahu membawa anak-anak untuk melihat jenazah bapanya," tutur Sukarni yang juga ibu saudara kepada Raja Ema.
Pada Selasa, isteri Sheqal iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, memaklumkan suaminya meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan.
Sheqal sudah ditah@n di wad sejak 4 Jun lalu dan selepas dua hari penyanyi berkenaan ditidurkan kerana tahap oks1gen menurun sehingga 62 peratus.
Penyanyi lagu 'Cinta Nusantara' ini dilaporkan menghidap peny@kit buah pinggang tahap empat dan menggunakan kerusi roda. Sebelum ini, Allahyarham berdepan mas@lah kesihatan termasuk dis£rang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020.
Untuk makluman, Sheqal mendirikan rumah tangga dengan Raja Ema pada 1993, namun pernikahan mereka hanya bertahan selama enam tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Putera Ammar, 30, dan Putera Al Kasyah, 28 tahun.
Sheqal kemudiannya bernikah dengan Normah dan mempunyai dua orang cahaya mata lelaki Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment