21 June 2025

ANAK DAKWA BAPA TIADA USAHA BAIKI HUBUNGAN - ZAINAL ABIDIN ENGGAN ULAS : "BAGI SAYA, ANAK SAYA MESTI 'BINTI ZAINAL ABIDIN'... KALAU BUKAN, MAKA BUKANLAH ANAK SAYA"



"Kalau saya nak jawab, saya jawab. Tapi sebenarnya, tiada apa-apa untuk dijelaskan. Dia boleh kata apa saja dia mahu. Namun, bagi saya, anak saya mesti bernama 'binti Zainal Abidin'.

"Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya. Itu saja jawapan saya. Kalau nak tanya saya percaya atau tidak pada kenyataan dia, jawapan saya, tidak.

"Dia ada hak untuk berkata apa dia mahu. Silakan. Kenapa? Sebab saya percaya, Allah lebih mengetahui. Itu pandangan peribadi saya."

Demikian ujar penyanyi Datuk Zainalabidin, 65, dimana dia tidak akan mengulas kenyataan anak perempuannya iaitu pemp£ngaruh, Timur Gabriel yang mendakwa Zainal tiada usaha memperbaiki hubungan mereka.

Klik untuk gambar besar

Kata Zainal, dia enggan menjaja cerita peribadi dan mereka di luar sana boleh bercakap apa saja kerana ianya bukan perkara benar.

Memberi kebebasan kepada Timur untuk mendedahkan apa sahaja yang dikehendaki, pelantun lagu 'Hijau' itu turut menjelaskan, dia tidak berk£cil hati dengan dakwaan dibuat anaknya dan menyerahkan segala urusan kepada Tuhan.

"Saya jaga hal ini sendiri. Tapi anda boleh lihat sendiri, walaupun saya tidak menjawab secara langsung, siapa sebenarnya yang lebih baik, siapa lebih berjaya.

"Siapa yang sedang berada di landasan betul," ulasnya dimana baginya, hanya karya dan hasil yang diberi perhatian untuk dikongsi kepada peminat.
"Kalau anda nak tahu tentang legasi saya, album baharu, konsert saya, semua itu saya terbuka. Tapi soal ini terlalu peribadi. Saya bukan 'TikT0ker' yang kejar duit. Bukan. Saya penyanyi. Saya anak seni dan saya berjaya.

"Saya tidak perlukan orang seperti itu di sekeliling saya. Mereka boleh bercakap sesuka hati sebab apa yang dikata bukan kebenaran," tuturnya.

Terdahulu, Timur mendakwa, hubungan bersama bapanya itu renggang dan mereka tidak lagi berhubung, meskipun memiliki nombor telefon satu sama lain.

Malah dakwanya, dia terkil@n bapanya itu tidak pernah bertanya khabar serta tidak mahu ambil tahu mengenai dirinya, termasuklah tiada sebarang usaha dilakukan untuk berdamai sebagai seorang bapa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: