21 June 2025

"CUKUP SEKADAR ORANG TAHU SAYA & SYARIKAT ADALAH ENTITI BERBEZA" - FAZURA ENGGAN KOMEN LANJUT ISU KONTR0VERSI HUT4NG RM4.65 JUTA



"Saya rasa, tak perlu saya jelaskan lebih-lebih kerana belum tentu orang akan faham. Cukup sekadar orang tahu Fazura (saya) dan syarikat adalah entiti berbeza.

"Saya tidak boleh bercakap banyak tentang syarikat atau apa sahaja yang berlaku. Perkara ini juga adalah sulit. Saya tak perlu nak perjelaskan."

Itulah ujar pelakon dan usahawan, Nur Fazura dimana dia memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kontr0versi hutang melibatkan syarikat miliknya kerana enggan menimbulkan sal@h faham ramai.

Menyifatkan dirinya dan syarikat adalah dua entiti yang berbeza, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkata, cab@ran dalam perniagaan adalah satu perkara biasa yang akan dilalui oleh mana-mana individu yang bergelar usahawan.

Tambahnya, dia sentiasa mengambil pendekatan p0sitif dalam menangani isu sebegitu, biarpun apa yang dilalui sedikit sebanyak memberi k£san kepada dirinya.

"Lapan bulan kebelakangan ini, macam-macam yang saya lalui. Sudah tentu sedikit sebanyak saya rasa juga. Saya pun manusia biasa yang ada perasaan.

"Sebagai seorang ahli perniagaan wanita, inilah realiti yang kita kena tempuh. Hanya yang pernah berniaga sahaja akan faham perkara-perkara seperti ini," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, jelas Fazura lagi, dia sudah menyerahkan kepada pihak peguam dalam sebarang isu berkaitan syarikat, selain dia juga tidak akan membaca sebarang komen dan cuba untuk tidak bercakap tentang perkara tersebut.

"Komen-komen pun saya tak baca. Malah, orang sekeliling saya pun tahu, mereka tak berikan sebarang info kepada saya sebab saya tak nak tahu.

"Saya memang menjaga kesihatan ment@l saya. Saya nak hidup dengan tenang. Saya nak gembira, dan saya nak terus fokus kepada kerjaya, perniagaan dan membesarkan anak saya," jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Fazura gag@l membayar hut@ng RM4.65 juta daripada syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia.

Katanya, Fazura hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah sepatutnya, sekali gus masih berhut@ng sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.

Malah, segala usaha untuk menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah juga gag@l apabila pihak Fazura tidak memberikan maklum bal@s p0sitif.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: