21 June 2025

TERIMA ANUGERAH NEGERI SABAH - AZHARINA AZHAR LUAH RASA SYUKUR : "SEGALA USAHA, AIR MATA & PERJALANAN DUA DEKAD INI TERASA SANGAT DIHARGAI"



Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Negeri Sabah, Tun Musa Aman, penyanyi Azharina Azhar, 40, telah tersenarai sebagai antara yang menjadi penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Berhubung itu, Azharina meluahkan rasa syukur dan juga menyifatkan kurniaan itu sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berkerja dalam industri seni.

"Pengiktirafan ini menjadi pembak@r semangat buatnya untuk terus aktif dalam bidang seni di samping, memberikan yang terbaik buat negeri Sabah dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Mengenai pengiktirfan yang diterimanya itu, Azharina bagaimanapun enggan mengulas lanjut, memandangkan senarai nama baharu sahaja dikeluarkan pada malam Jumaat.

Kata Azharina, dia percaya anugerah bukan sahaja untuk dirinya, namun kesemua anak seni yang sentiasa berusaha mengangkat industri hiburan tempatan.

"Saya tidak pernah menyangka akan menerima anugerah sedemikian. Ia benar-benar menyentuh hati saya.

Klik untuk gambar besar

"Segala usaha, air mata dan perjalanan saya selama lebih dua dekad dalam industri ini terasa sangat dihargai.

"Saya tak berani nak berikan sebarang kenyataan yang lebih lanjut kerana masih belum menerima anugerah ini secara rasmi," ujarnya.

Pernah beberapa kali masuk ke Istana Seri Kinabalu untuk membuat persembahan, Azharina berkata, hadirnya pada kali ini untuk menerima kurniaan dan ia adalah perasaan yang sangat berbeza.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah atas penghargaan ini serta kepada peminat iaitu Azharina Angels yang tidak pernah berhenti memberi sokongan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni," luahnya.

Sesi pertama Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 dijadual disempurnakan Tun Musa di Istana Seri Kinabalu pada Sabtu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: