04 June 2025

ASYRAF KHALID ULAS ISU TUDUNG TYA ARIFFIN NAMPAK LEHER : "ISTERI SAYA MASIH MUDA LAGI, TYA AMBIL IKTIBAR... KITA SAMA-SAMA DOA KEPADA TYA"



Isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid iaitu pelakon Indonesia, Tya Ariffin baru-baru ini telah menjadi perhatian apabila penampilannya yang mengenakan tudung menampakkan leher serta rambutnya.
Berhubung itu, Asyraf tampil mengakui kesil@pan isterinya dan berkata, Tya sudah mengambil iktibar daripada isu berkenaan agar kesil@pan itu tidak lagi berulang.

"Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya.

"Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Disamping itu, Asyraf turut meminta agar orang ramai mendoakan isterinya menjadi lebih baik, selain dia sering menasihati Tya untuk bersabar.

"Kita sama-sama doa kepada Tya agar dia boleh jadi lebih baik pada masa akan datang dan tidak mengulangi kesil@pannya.

"Saya selalu nasihat kepada Tya untuk bersabar dan setiap cabaran yang diberi oleh Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: