"Kalau ikutkan memang tidak sangka memandangkan jarak dengan anak ketiga macam dekat sangat. Tetapi 'lekat' awal, Alhamdulillah. Lagipun Yana memang mahu anak ramai dan ada rezeki saya terima sahaja."
Itulah kata pelakon Yana Samsudin dimana impian yang mahu memiliki sebuah keluarga besar bakal terlaksana apabila dia kini disahkan hamil anak keempat.
Difahamkan, kandungan Yana atau nama sebenarnya, Nurliana Samsudin, 41, kini sudahpun mencecah usia lima bulan dan dia dijangka bersalin pada Oktober depan.
Sementara itu, suami Yana iaitu Fadzil Zahari yang berkongsi berita gembira itu turut memaklumkan, mereka tidak menyangka dengan rezeki diberikan Allah SWT, apatah lagi Yana baru sahaja bersalin anak ketiga mereka pada Januari tahun lalu.
Dalam pada itu, Fadzil juga berkongsi, sepanjang kehamilan kali ini, isterinya tidak mengalami al@han t£ruk jika dibandingkan sewaktu hamil anak sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
"Untuk kehamilan kali ini yang saya nampak dia (Yana) lebih okay walaupun masih ada al@han tetapi tidaklah t£ruk sangat. Alhamdulillah Yana dan kandungan berada dalam keadaan baik-baik sahaja," jelas Fadzil.
Untuk makluman, Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga bersama pada 13 Februari 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 9, Aura Aisy Sofea, 5, dan Aisy Hakeem yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment