03 June 2025

TAHNIAH - DR AMALINA & SUAMI KINI TIMANG ANAK KEDUA, BERI NAMA 'AURORA SIENNA'



"Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora Sienna. Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah 💕."

Demikian tulis doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom (UK) iaitu Dr Amalina Che Bakri dimana dia kini selamat menimang anak keduanya.

Klik untuk gambar besar

Berita gembira itu dikongsikan menerusi media sosial milik Dr Amalina yang turut berkongsi, dia dan suaminya, Alexander Charles telah memilih nama Aurora Sienna untuk anak kedua mereka yang merupakan bayi perempuan.

Berdasarkan perkongsian itu juga, Dr Amalina menandakan Hospital St. Thomas di London sebagai lokasi dipercayai tempat kelahiran Aurora.
Disamping itu, Dr Amalina turut memuat naik empat keping gambar bersama bayinya termasuk suami dan puteri sulung, Arabella Mia.

Untuk makluman, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 itu bernikah dengan Alexander Charles, pada 31 Mac 2021, di London Central Mosque.

Setahun kemudian, pada Oktober 2022, Amalina selamat melahirkan anak sulungnya yang juga di Hospital St. Thomas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: