03 June 2025

AAISYAH DHIA RANA TERUJA DENGAN GAYA RAMBUT BARU - NETIZEN PUJI KECANTIKAN ANAK CHE TA & ZAIN SAIDIN



Anak kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana baru-baru ini telah tampil dengan gaya rambut terkini dimana ia turut menjadi perhatian ramai.

Dalam perkongsian itu, Aaisyah dilihat berada di salon untuk menukar gaya rambutnya dan kemudiannya berasa teruja apabila melihat hasil rambut barunya itu yang berwarna seakan perang muda.

Lebih tertarik, kapsyen pada video berkenaan mengatakan, disebalik anak perempuan yang sedang berhias cantik, ada lelaki yang sanggup menunggu lama yang merujuk kepada bapa Aaisyah iaitu pelakon Zain Saidin.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kecantikan Aaisyah dan tidak sabar melihat anak Che Ta itu di usia remaja kelak yang pastinya lebih cantik.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: