01 June 2025

BANGGA BAKAT ANAK SEMAKIN MENYERLAH - NORA ARIFFIN KATA PUTRI DAHLIA ADA KELEBIHAN SENDIRI : "BAKAT ARWAH JOHAN ITU MEMANG KUAT... DIA KOMBINASI KAMI BERDUA"



"Putri (anak) memang sejak kecil sudah tunjuk minat. Umur enam, tujuh tahun dah mula cipta lagu dan melodi sendiri. Bakat arwah Johan itu memang kuat dalam diri dia dan dia boleh menyanyi. Dia seperti kombinasi kami berdua.

"Alhamdulillah, dengan pandai mencipta lagu dalam bahasa Inggeris, saya anggap dia selangkah kehadapan berbanding saya."

Demikian tutur penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, dimana dia meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Putri Dahlia, 21, yang semakin menyerlah dalam bidang seni nyanyian.

Kata Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, anaknya itu bukan sahaja mewarisi bakat seni daripada dirinya dan arwah suami iaitu komposer Johan Nawawi, tetapi juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Dalam pada itu, Nora turut memuji sikap Putri yang tidak pernah cuba menumpang populariti kedua ibu bapanya untuk mencipta nama, malah juga tidak pernah meminta bantuannya, sebaliknya berusaha sendiri dalam hal berkaitan karier seni.

Klik untuk gambar besar

"Selama ini dia ke mana-mana buat sendiri, tak pernah bersandarkan nama saya atau arwah ayahnya. Dia tak minta bantuan atau gunakan kenalan saya, semua dia buat sendiri.

"Saya percaya dia ada rakan sekerja yang hebat dan sebagai emak saya sentiasa sokong dia," kongsinya yang turut melihat perubahan p0sitif Putri yang lebih berkeyakinan berbanding sebelum ini.

"Dulu dia macam kurang berkeyakinan, mungkin masanya kurang sesuai ketika itu kerana masih belajar. Mungkin juga dia rasa t@kut nak masuk mainstream kerana orang tak kenal siapa dia.

"Sebagai emak saya pun tiada paksa, saya ikut saja dan hormati pilihan genre yang dia minat," ujarnya yang dalam masa sama berkata, anaknya kini lebih bersedia melangkah ke pentas arus perdana industri hiburan.

Untuk makluman, Nora sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang anak. Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akib@t s£rangan jantung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: