01 June 2025

GUNA KESEMPATAN BERIBADAH KETIKA BERADA DI MADINAH - AMAR BAHARIN & QOBIN BALIK MALAYSIA AWAL



"Setakat ini, saya hanya ada 'appointment' berjumpa Allah sahaja, sebab 1 -10 Zulhijah adalah hari luar biasa. Kebetulan berada di Tanah Har@m dan pahala berlipat ganda, jadi saya nak gunakan kesempatan itu beribadah sepuasnya."

Itulah jelas pelakon Amar Baharin, 40, dimana dia dan Qobin menggunakan kesempatan untuk beribadah ketika berada di Madinah sebelum pulang ke tanah air, Jumaat ini.

Amar yang berada di Madinah selepas selesai menjayakan misi kayuhan 'Journey To Tanah Har@m' bersama penjelajah Grand Slam Negara, Qobin atau nama sebenarnya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, berkata, sebelum Khamis lalu mahu merebut pahala sempena bulan Zulhijah.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ditanya pula apakah dia akan kembali ke set sebaik pulang ke tanah air, jelas Amir, dia akan berehat terlebih dahulu.

"Saya mahu berehat dulu, setakat ini belum ada perancangan untuk kembali bekerja dalam waktu terdekat. Lagipun, sudah lebih sebulan saya meninggalkan isteri dan anak-anak, jadi saya nak luangkan masa bersama mereka," tuturnya.
Misi kayuhan bersama Qobin bermula pada 27 April lalu sepatutnya berakhir pada Julai depan, namun disebabkan beberapa negara yang menutup sempadan akib@t peperangan seperti India dan Pakistan, tempoh kayuhan itu selesai sebulan lebih awal.

Amar dan Qobin yang dilepaskan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu bermula di Padang Besar, Perlis pada 27 April lalu melalui Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi.

Selain berbasikal, kembara sejauh 8,000 kilometer itu turut membabitkan pengunaan kenderaan darat dan udara.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: