28 June 2025

BILA RUHAINIES TAMPIL KONGSI CARA GUNA TASBIH DIGITAL IKUT KESELESAAN DIRI SELEPAS DITUDUH PAKAI TERBALIK



"Beberapa hari ini saya menerima komen cakap saya pakai tasbih secara terbalik. Biar saya tunjuk, saya guna ibu jari untuk menekan butang di tasbih seperti ini. Mungkin dalam gambar atau video nampak terbalik tapi sebenarnya tidak."

Itulah tutur pelakon Ruhainies dimana dia tampil menjelaskan kekeliruan berhubung cara penggunaan tasbih digital yang disarung pada jarinya.

Kata Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, dia menyedari ramai mempers0alkan pemakaian alat itu yang disangka digunakan secara terbalik.

Klik untuk gambar besar

Ruhainies yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya, tampil menjawab mengenai perkara terbabit, dengan memberitahu, dia sebenarnya menggunakan tasbih itu dengan betul selain mengikut keselesaan.

Malah, Ruhainies turut berkongsi cara dia menggunakan tasbih digital itu setiap hari menerusi hantaran tersebut, selain juga memberitahu tasbih itu adalah pemberian daripada salah seorang kenalannya yang direka khas di sebuah kedai di ibu kota.
"Saya dapat daripada seseorang. Dia beli secara atas talian dan perhiasan di reka khas di sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur," katanya.

Sejak tahun lalu, Ruhainies dilihat sering mengenakan tasbih digital di jari telunjuk, sekali gus menjadi perhatian peminat dan susulan itu, dia mendedahkan sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 sehari selama 40 hari.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: