12 June 2025

BILA WAWA ZAINAL TEBALKAN MUKA MINTA PADAM VIDEO, SEDIH LIHAT ANAK MENANGIS DIH1NA KEK BATIK TAK SEDAP



"Mama (panggilan Wawa Zainal) kenapa ada yang kutvk Hayla punya kek batik? Saya dan semua kawan yang rasa kek batik yang dibuat ini sedap. Tapi ada pula yang buat video dan cakap kek batik saya tak sedap di media sosial."

Itulah tutur anak kepada pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, dimana dia dilihat menangis selepas kek batik hasil air tangannya mendapat krit1kan di media sosial.

Berhubung itu, Hayla juga tertanya-tanya kenapa kec@man yang diterima hanya di media sosial, sedangkan orang di sekeliling memuji kek batik yang diusahakan sejak beberapa minggu lalu.

Kesedihan Hayla itu dikongsikan Wawa menerusi hantaran video yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Wawa berkata, sebagai ibu, dia meminta Hayla agar bersabar dalam men£mpuhi dug@an dalam perniagaan.

Malah, Wawa sanggup menahan air mata demi menunjukkan contoh yang baik buat Hayla, meskipun sedih melihat anaknya dikec@m.

"Sabarlah jangan menangis sayang. Mama pun sebenarnya menahan air mata. Selalunya mama kuat tapi bab anak ini mama t£was, mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu! Kami sayang Hayla," ujarnya.
Disamping itu, Wawa dalam masa sama juga memberitahu, dia sanggup tebalkan muka dengan mesej secara peribadi kepada individu yang mengkrit1k pr0duk makanan anaknya itu untuk memadam video yang dimuat naik.

"Saya sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video sebab tak sanggup lihat anak sendiri kena h1na," jelasnya.

Sebelum ini, perniagaan kek batik yang diusahakan anak Wawa dan Aeril itu mendapat perhatian netizen di media sosial.

Bukan itu sahaja, pr0duk makanan tersebut sentiasa habis terjual setiap kali Hayla membuka pesanan pada orang luar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: